Friday, September 19, 2008

Akta Hubungan Kaum...??

Guong

Baru-baru ini Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar mencadangkan untuk diwujudkan akta ini. klik link

Namun, Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber Kedua Negeri Datuk Seri Awang Tengah Ali Hasan tidak bersetuju akta tersebut dilaksanakan di Sarawak. klik link
Menurut beliau, Sarawak tidak mempunyai masalah dari segi perpaduan kaum.

Bagaimana dengan Sabah? macam teda berita ja..ni la susah pemimpin Sabah ni, 'slow' sikit..

Bagi saya, akta ini juga tidak perlu dilaksanakan di Sabah kerana umum sudah mengetahui Sabah juga tidak mempunyai masalah dari segi perpaduan kaum.

Jadi, kenapa akta ini dicadangkan? Adakah disebabkan isu perkauman yang sedang hangat di Semenanjung ketika ini? Jika ya, adakah akta ini melibatkan Sabah dan Sarawak juga sedangkan isu perkauman itu hanya hangat di Semenanjung saja?

Menurut Menteri Dalam Negeri kita ni, akta ini "lebih menjurus kepada mewujudkan masyarakat yang berbilang kaum dengan mengambil faktor keadilan dan kesamarataan".

Kalau betul untuk faktor itu, hapuskan sistem kuota ke universiti, wujudkan hanya satu sekolah untuk semua kaum, kebebasan beragama 100%, laksanakan meritrokasi, kembalikan 95% royalti petroleum Sabah, haramkan parti berasaskan kaum dan paling utama tiada istilah Ketuanan Melayu.

Belajar cara Sabah dan Sarawak menjaga hubungan antara kaum.



No comments: