Thursday, September 18, 2008

Education in Malaysia

Guong

Sejauh mana tahap pendidikan kamu? Adakah kamu bercita-cita sampai ke Universiti? Siapakah individu yang mempengaruhi kamu untuk memasang cita-cita itu? Adakah individu yang mempengaruhi kamu itu mengatakan itu adalah peringkat tertinggi dalam pendidikan? Adakah individu itu juga mengatakan yang masa depan kamu akan menjadi cerah jika dapat sampai ke menara gading? Adakah individu itu bernama guru?

Hmm, inilah salah satu masalah dalam sistem pendidikan di negara kita. Terlalu 'exam orientated'. Maka timbullah persoalan2 di atas. Akibatnya, objektif utama universiti dibina tidak tercapai. Kenapa saya katakan begitu?

Masalah sistem pendidikan kita boleh dilihat dari peringkat sekolah rendah lagi. Sistem penilaian dalam menentukan kebolehan murid adalah berdasarkan peperiksaan bertulis. Kelulusan boleh diperolehi hanya dengan mengingat isi-isi penting. Walaupun soalan berbentuk subjektif, ia masih memerlukan hafalan untuk mendapatkan jawapan yang dikehendaki. Akibatnya, kanak-kanak seawal darjah 1 sudah dihantar ke kelas-kelas tuisyen. Ramai ibu bapa berharap agar anak mereka dapat memperolehi 'lebih' ilmu agar kelulusan itu berubah kepada kecemerlangan dengan mengorbankan 'zaman kanak-kanak' anak mereka.

Akhirnya, aspek lain seperti sosial, rohani dan jasmani tidak diberi perhatian. Lihat saja mata pelajaran seperti Pendidikan Moral, Muzik, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dan lain-lain lagi; tidak diberi perhatian dan dianak tirikan. Jika kita lihat sistem pendidikan negara-negara maju yang lain, aspek-aspek ini sangat dititikberatkan malah diterapkan ke dalam mata pelajaran teras.

Kesannya, sistem pendidikan kita ini melahirkan individu yang tidak seimbang dari segi intelek, jasmani, rohani dan sosial. Maka lahirlah pemimpin-pemimpin yang juga tidak seimbang.

No comments: